IMNR
Konvensyen

Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023

1 Sep 2023 · Kenegaraan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama KADRI dan IDEAL Bhd serta 19 rakan kerjasama lain, telah menganjurkan Konvensyen Malaysia Negara Rahmah pada 15 September 2023 dengan tema “Pendekatan Rahmah Memacu Malaysia MADANI”. Konvensyen ini juga turut disokong oleh 19 rakan kerjasama yang lain.

Rumusan

Penemuan

Dua objektif utama konvensyen ini ialah, pertamanya, ianya bertujuan mengupas isu ekonomi, integrasi nasional, kesejahteraan sosial, kepimpinan, tadbir urus dan reformasi institusi oleh pakar bidang dan pemegang taruh. Objektif kedua ialah perkongsian kajian dan model solusi yang praktikal berdasarkan pendekatan Rahmah berkaitan isu-isu kesenjangan yang kritikal dalam masyarakat untuk membangun Malaysia MADANI.

Selain wacana, Konvensyen ini mempunyai 8 sesi plenari melalui 4 persidangan selari, dan menampilkan 32 panel pembentang daripada pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan, badan penyelidikan, NGO dan NGI. 4 persidangan tersebut tersebut adalah:

Persidangan 1 : Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan dan SosialPersidangan 2 : Perpaduan dan Integrasi NasionalPersidangan 3 : Kemakmuran EkonomiPersidangan 4 : Kepimpinan, Tadbir Urus dan Reformasi Institusi

← Kembali ke Wacana & Acara