Dasar Keluarga Negara: Semakan Dan Cadangan Penambahbaikan
Rumusan
Kesejahteraan institusi keluarga merupakan elemen penting dalam pembangunan sesebuah negara. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Keluarga Negara (DKN) bagi memantapkan lagi kesejahteraan keluarga di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana DKN telah digunakan dan memberi kesan terhadap kesejahteraan keluarga di Malaysia. Kajian menfokuskan perbincangan berbentuk sorotan mengenai keberkesanan DKN dan inisiatif kerajaan terhadap program-program kesejahteraan rakyat. Prinsip-prinsip DKN diteliti bagi melihat keperluan pembaikan untuk memperkukuhkan lagi keberkesanannya.
Penemuan
Rumusan
Kesejahteraan institusi keluarga merupakan elemen penting dalam pembangunan sesebuah negara. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Keluarga Negara (DKN) bagi memantapkan lagi kesejahteraan keluarga di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana DKN telah digunakan dan memberi kesan terhadap kesejahteraan keluarga di Malaysia. Kajian menfokuskan perbincangan berbentuk sorotan mengenai keberkesanan DKN dan inisiatif kerajaan terhadap program-program kesejahteraan rakyat. Prinsip-prinsip DKN diteliti bagi melihat keperluan pembaikan untuk memperkukuhkan lagi keberkesanannya. Kajian ini juga memberi fokus terhadap tiga teras strategi utama Pelan Tindakan Keluarga Negara (PTKN) serta agensi yang mengendalikan program-program dibawah DKN. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji lalu. Kajian mendapati daripada lapan prinsip DKN, tujuh prinsip tersebut masih boleh dikekalkan manakala satu prinsip iaitu prinsip lima perlu diberi pemurnian. Bagi teras strategi, penglibatan agensi dan media massa perlu dipertingkatkan dalam memastikan program-program dijalankan lebih memberi pulangan yang positif. Di samping itu, kajian mendapati terdapat keperluan dalam meningkatkan persekitaran kerja yang mesra keluarga bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan di Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak KPWKM dan LPPKN serta pihak berkepentingan dalam memastikan DKN masih lagi relevan untuk digunapakai. Kata Kunci : Dasar Keluarga Negara (DKN), Pelan Tindakan Keluarga Negara (PTKN), Kesejahteraan Keluarga
Muat Turun
Kajian Berkaitan
Tahap Pengetahuan, Kefahaman dan Penerimaan Masyarakat Terhadap Melayu, Islam, Bahasa Melayu dan Institusi Beraja dalam Perlembagaan Persekutuan
Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman, penerimaan dan persepsi dalam kalangan masyarakat di Lembah Klang terhadap Islam, bahasa Melayu, Institusi Beraja dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, melibatkan seramai 440 responden di Lembah Klang.
Tingkah Laku Pengundi Muda Semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 Di Negeri Jalur Melayu
Pengundi muda merupakan elemen penting dalam menentukan pemimpin masa hadapan negara. Tingkah laku mereka pula mencerminkan sebuah simbolik sama ada bersifat sokongan atau penolakan kepada sesuatu ideologi politik yang berkembang sejajar dengan pengalaman hidup dan kawasan mereka turun mengundi.