Program IMPAK Sebagai Solusi Masalah Mobiliti Sosial dalam Kalangan Anak-Anak Miskin Bandar
Rumusan
Masalah kemiskinan merupakan isu global yang belum dapat diatasi secara menyeluruh. Hal ini adalah kesan daripada kitaran ekonomi dunia yang tidak stabil. Akibat daripada keadaan tersebut, berlaku pelbagai masalah termasuklah masalah mobiliti sosial dalam masyarakat khususnya kalangan miskin bandar bakal memberi kesan kepada masa depan anak-anak. Kajian ini mengkaji satu modul yang dapat membantu ibu bapa meningkatkan mobiliti sosial mereka iaitu modul Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak-anak (IMPAK) yang difokuskan pada pendidikan. Pendidikan merupakan satu cara bagi meningkatkan ke
Penemuan
Rumusan
Masalah kemiskinan merupakan isu global yang belum dapat diatasi secara menyeluruh. Hal ini adalah kesan daripada kitaran ekonomi dunia yang tidak stabil. Akibat daripada keadaan tersebut, berlaku pelbagai masalah termasuklah masalah mobiliti sosial dalam masyarakat khususnya kalangan miskin bandar bakal memberi kesan kepada masa depan anak-anak. Kajian ini mengkaji satu modul yang dapat membantu ibu bapa meningkatkan mobiliti sosial mereka iaitu modul Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak-anak (IMPAK) yang difokuskan pada pendidikan. Pendidikan merupakan satu cara bagi meningkatkan kehidupan seseorang. Walaupun begitu, modul ini masih lagi memerlukan penambahbaikan bagi memberi kesan maksima terhadap peserta IMPAK. Kajian ini bertujuan untuk (1) meneroka kesan daripada modul IMPAK sebagai solusi masalah mobiliti sosial dalam kalangan anak-anak miskin bandar dan (2) mencadangkan penambahbaikan modul IMPAK sebagai solusi masalah mobiliti sosial dalam kalangan anak-anak miskin bandar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif tematik dan reka bentuk kajian ialah kajian kes yang dapat memberikan gambaran keseluruhan mengenai IMPAK bagi mendapati maklumat mengenai kesan dan perkara lain yang dapat menyumbang kepada penambahbaikan modul IMPAK. Seramai 12 orang peserta kajian dan seramai 3 orang informan dipilih secara bertujuan (purposive sampling) untuk memberi maklumat mengenai IMPAK sebagai data kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian NVivo untuk mendapatkan tema dalam dapatan kajian. Hasil kajian mendapati Modul IMPAK memberi kesan positif terhadap ibu bapa dan juga anak dari segi sikap ibu bapa, sikap anak dan juga akademik anak. Dapatan kajian ini juga menemukan adanya kekangan atau cabaran, seterusnya menyumbang kepada penambahbaikan modul IMPAK dengan mengidentifikasi langkah selanjutnya bagi memperolehi kesan jangka panjang terhadap ibu bapa dan juga anak-anak. Dapatan ini dijangka dapat mengekalkan kesan daripada modul IMPAK yang menjadi solusi kepada masalah mobiliti sosial masyarakat berpendapatan rendah sehingga membantu perubahan kehidupan masyarakat khususnya anak-anak dalam kalangan miskin bandar. Kata kunci: Mobiliti sosial, Modul IMPAK, Kemiskinan, Pendidikan.
Muat Turun
Kajian Berkaitan
A Study Of Caregiver Burden, Quality Of Life And The Associated Factors Among Main Caregiver Of Individuals With Cerebral Palsy In Malaysia
Cerebral palsy (CP) is the leading cause of disability among children and a lifelong neurological condition that requires varying levels of assistance. The dependency towards the main caregiver is influenced by various demographic and social factors. Understanding the complex challenges faced by caregivers is crucial, as these may affect them from various perspectives, including socio-economic, emotional, and quality of life aspects. However, there is still limited research in Malaysia on the caregiving burden and the quality of life of main caregivers of individuals with CP. This study aimed
Kesejahteraan Rumah Tangga Berkerjaya
Dalam dunia moden ini, peranan tradisional suami dan isteri telah berubah disebabkan tekanan ekonomi dan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Namun, perubahan ini membawa kepada cabaran untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga. Artikel ini meneroka penemuan utama daripada Kajian Mengukuhkan Kesejahteraan Rumah Tangga Muslim Untuk Suami Isteri Berkerjaya (Dwi-Peranan) di Lembah Klang, yang dijalankan oleh Kajian Dasar IKRAM Sdn Bhd (KADRI).
Pendidikan Solusi Kemiskinan
Kemiskinan adalah isu sejagat yang menekan jutaan keluarga di seluruh dunia. Ia bukan sekadar soal kekurangan wang tetapi turut berkaitan dengan akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan, dan kemampuan untuk memperbaiki kehidupan. Di tengah isu ini, program seperti Modul Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak-anak (IMPAK) muncul sebagai satu inisiatif penting dalam mengubah kehidupan masyarakat miskin bandar. Artikel ini membincangkan bagaimana pendidikan dapat menjadi kunci kepada peningkatan mobiliti sosial, dengan fokus kepada dapatan kajian Program IMPAK sebagai Solusi Masalah Mobi