IMNR
Sosial

Isu Pembantutan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Di Malaysia

1 Jan 2023 Laporan Kajian Bahasa Melayu

Rumusan

Pembantutan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia merupakan salah satu masalah malnutrisi yang perlu diberi perhatian sewajarnya dan perlu ditangani segera. Hal ini kerana ia boleh menjadi satu pemakanan kitaran hidup yang terus berulang sekiranya usaha pencegahan dan advokasi diabaikan. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada isu bantut termasuk faktor mikro dan makro yang perlu diteliti. Seterusnya, bantut akan memberi implikasi jangka panjang terhadap kehidupan individu dan masyarakat termasuk gangguan pertumbuhan fizikal, perkembangan kognitif, pencapaian akademik, menurunkan produktiviti,

Penemuan

Rumusan

Pembantutan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia merupakan salah satu masalah malnutrisi yang perlu diberi perhatian sewajarnya dan perlu ditangani segera. Hal ini kerana ia boleh menjadi satu pemakanan kitaran hidup yang terus berulang sekiranya usaha pencegahan dan advokasi diabaikan. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada isu bantut termasuk faktor mikro dan makro yang perlu diteliti. Seterusnya, bantut akan memberi implikasi jangka panjang terhadap kehidupan individu dan masyarakat termasuk gangguan pertumbuhan fizikal, perkembangan kognitif, pencapaian akademik, menurunkan produktiviti, dan menyumbang kepada penyakit kronik ketika dewasa nanti. Oleh itu, IKRAM meyakini bahawa pertumbuhan fizikal dan kognitif kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh status pemakanan dan kesihatan mereka. Satu cadangan model solusi perlu dihasilkan oleh IKRAM bagi membantu kerajaan menangani isu pembantutan di Malaysia yang menggunakan konsep memperkasakan komuniti (community empowerment). Model solusi yang dihasilkan terdiri daripada beberapa modul yang memfokuskan untuk membantu kesihatan ibu dan anak di samping membantu memperkasakan wanita dari segi menjana ekonomi keluarga. Sukarelawan dalam kalangan komuniti akan dilatih untuk membantu komuniti mereka sendiri meningkatkan pengetahuan berkaitan pemakanan dan kesihatan anak-anak. Oleh itu, usaha sama daripada multi-sektor amatlah diperlukan bagi menjayakan program ini untuk menjamin keberhasilannya. Pertumbuhan kanak-kanak yang baik amat penting bagi menjamin tahap kesihatan optimum masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Hal ini dapat menjamin pembangunan masyarakat yang progresif, sihat, sejahtera dan harmoni. Kerjasama dengan pemegang taruh bagi menjayakan model solusi dan diterapkan dalam komuniti diharap dapat membantu Malaysia menangani isu kebantutan dalam kalangan kanak-kanak.

Muat Turun

Sosial

A Study Of Caregiver Burden, Quality Of Life And The Associated Factors Among Main Caregiver Of Individuals With Cerebral Palsy In Malaysia

Laporan Kajian · 1 Jan 2025

Cerebral palsy (CP) is the leading cause of disability among children and a lifelong neurological condition that requires varying levels of assistance. The dependency towards the main caregiver is influenced by various demographic and social factors. Understanding the complex challenges faced by caregivers is crucial, as these may affect them from various perspectives, including socio-economic, emotional, and quality of life aspects. However, there is still limited research in Malaysia on the caregiving burden and the quality of life of main caregivers of individuals with CP. This study aimed

Sosial

Kesejahteraan Rumah Tangga Berkerjaya

Laporan Kajian · 1 Jan 2024

Dalam dunia moden ini, peranan tradisional suami dan isteri telah berubah disebabkan tekanan ekonomi dan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Namun, perubahan ini membawa kepada cabaran untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga. Artikel ini meneroka penemuan utama daripada Kajian Mengukuhkan Kesejahteraan Rumah Tangga Muslim Untuk Suami Isteri Berkerjaya (Dwi-Peranan) di Lembah Klang, yang dijalankan oleh Kajian Dasar IKRAM Sdn Bhd (KADRI).

Sosial

Pendidikan Solusi Kemiskinan

Laporan Kajian · 1 Jan 2024

Kemiskinan adalah isu sejagat yang menekan jutaan keluarga di seluruh dunia. Ia bukan sekadar soal kekurangan wang tetapi turut berkaitan dengan akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan, dan kemampuan untuk memperbaiki kehidupan. Di tengah isu ini, program seperti Modul Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak-anak (IMPAK) muncul sebagai satu inisiatif penting dalam mengubah kehidupan masyarakat miskin bandar. Artikel ini membincangkan bagaimana pendidikan dapat menjadi kunci kepada peningkatan mobiliti sosial, dengan fokus kepada dapatan kajian Program IMPAK sebagai Solusi Masalah Mobi