Projek Rintis Model Solusi Ekonomi Memperkasakan Kehidupan Komuniti Bandar (PERKASA)
Rumusan
Kemiskinan bandar adalah isu kompleks yang semakin meruncing di Malaysia, melibatkan ketersisihan komuniti miskin bandar dalam aspek pekerjaan, pendidikan, kesihatan, dan kemudahan asas. Cabaran ini menyebabkan ketidaksamaan ekonomi, kemerosotan pendidikan, dan ketidakstabilan sosial yang merencatkan perkembangan komuniti bandar secara menyeluruh. Oleh itu, penyelesaian berbentuk model solusi yang holistik dan berkesinambungan amat diperlukan untuk memecahkan kitaran kemiskinan ini dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat bandar.
Penemuan
Rumusan
Kemiskinan bandar adalah isu kompleks yang semakin meruncing di Malaysia, melibatkan ketersisihan komuniti miskin bandar dalam aspek pekerjaan, pendidikan, kesihatan, dan kemudahan asas. Cabaran ini menyebabkan ketidaksamaan ekonomi, kemerosotan pendidikan, dan ketidakstabilan sosial yang merencatkan perkembangan komuniti bandar secara menyeluruh. Oleh itu, penyelesaian berbentuk model solusi yang holistik dan berkesinambungan amat diperlukan untuk memecahkan kitaran kemiskinan ini dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat bandar.
Penemuan
Program PERKASA diperkenalkan sebagai model solusi untuk menangani masalah kemiskinan bandar. Projek rintis ini bermatlamat meningkatkan taraf hidup komuniti miskin bandar untuk mencapai kesejahteraan dalam pelbagai aspek kehidupan berpandukan tiga objektif utama bagi program ini iaitu: (1) menambah baik kemahiran dan keupayaan supaya dapat meningkatkan produktiviti komuniti bandar, (2) meningkatkan kebolehan pengurusan perniagaan dan pemasaran yang bersesuaian untuk meningkatkan pendapatan dan (3) meningkatkan jati diri dan kesejahteraan keluarga ke arah kehidupan yang lebih berkualiti dan mandiri.
Projek rintis ini menggunakan pendekatan intervensi melalui pelaksanaan di kawasan terpilih. Model ini melibatkan kursus kemahiran, bimbingan perniagaan, dan sokongan keluarga serta komuniti. Penilaian keberkesanan dibuat melalui soal selidik, pemantauan, dan penilaian hasil program. Pelaksanaan projek rintis ini telah membuktikan keberkesanannya sebagai model solusi yang holistik. Peningkatan ketara dilihat dalam aspek kemahiran, pengurusan perniagaan, kewangan, dan pengurusan keluarga. Projek ini turut membantu peserta menjana pendapatan bulanan yang lebih tinggi. Secara keseluruhan, ia membentuk komuniti yang lebih inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran sosioekonomi.
Model solusi ini masih terhad kepada beberapa kawasan terpilih, dan tempoh pelaksanaan yang pendek menjadikannya sukar untuk menilai kesan jangka panjang. Pelaksanaan di kawasan-kawasan lain diperlukan untuk memahami impak terhadap komuniti di kawasan lain. Sebagai model solusi, Program PERKASA menunjukkan potensi besar untuk diaplikasikan secara meluas di seluruh negara. Sokongan berterusan daripada pihak berkepentingan amat diperlukan untuk memastikan keberhasilannya. Dengan penglibatan pelbagai pihak, matlamat membasmi kemiskinan bandar dapat dicapai, seterusnya meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti miskin bandar.
Ainullotfi Abdul Latif • Faridah Maludin • Nur ‘Adilah Hassan • Ismail Shaffiee • Fatkurradzi Jamil
Penyelidik
- Ainullotfi Abdul Latif
- Faridah Maludin
- Nur ‘Adilah Hassan
- Ismail Shaffiee
- Fatkurradzi Jamil
Muat Turun
Kajian Berkaitan
Memperkasakan Kehidupan Komuniti Bandar
Keinginan untuk mendapatkan kehidupan yang baik menyumbangkan kepada penghijrahan golongan dari luar bandar ke bandar. Kehidupan di bandar seringkali dikaitkan dengan keadaan kesihatan yang baik, peningkatan peluang pekerjaan, peluang pendidikan yang lebih cerah dan akses kepada kemudahan infrastruktur. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan bandar menjadi semakin pesat serta tidak dirancang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam pelbagai dimensi kehidupan sehingga mewujudkan golongan miskin bandar. Ketidakseimbangan yang berlaku tidak hanya tertumpu kepada aspek kewangan semata, bahkan
Miskin Bandar
Ekonomi Berasaskan Komuniti Untuk Kelestarian Kehidupan: Kes di Balik Pulau, Pulau Pinang
Penyelidikan yang dilaksanakan di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang ini secara khususnya adalah untuk menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat melalui 13 homestay yang cuba diperkasakan melalui penyelidikan ini. Melalui penyelidikan ini didapati pengusaha homestay memiliki masalah untuk mempromosi perkhidmatan mereka. Penemuan tersebut telah membuatkan pasukan penyelidik cuba membantu dengan melancarkan satu laman sesawang untuk menarik minat pelancong untuk melancong ke Pulau Betong dan secara tidak langsung mempromosi homestay yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu, pasukan p